RSS

Tuesday, March 29, 2011

ADA 'AIB' YANG HARUS DIBUKA KPD KHALAYAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Admin pernah berdebat dengan beberapa orang di sini kerana mereka sangat pandai dalam memutar belitkan Al-Quran dan Hadis mengikut acuan kegemaran mereka. Puas admin fikir bagaimana untuk menerangkan perkara 'simple' tetapi tidak terucap selama ini.

Apa yang UMUM TAHU dan sedia maklum, Islam menegah umatnya meng'aib'kan umatnya yang lain (yakni mengaibkan orang Islam yang lainnya). TETAPI dalam kaedah manakah pula kita WAJAR membuka AIB seseorang Muslim itu sebagai teladan?

Antara perkara yang WAJAR dan HARUS untuk kita buka AIB seorang Muslim yang lain adalah apabila mereka itu tidak segan silu melakukan perkara yang dilaknati Allah atau perkara yang dimurkai Allah dan Rasul-Nya berupa maksiat dan sebagainya. Contoh perkara yang termasuk dalam keharusan untuk kita membuka aib seseorang saudara Islam kita itu adalah apabila kita mengetahui:-
  1. Jiran atau sahabat kita berzina
  2. Sahabat yang Rasuah
  3. Si Pembohong yang merbahaya
  4. Si Luncai yang sedang terjun dengan labu-labunya
  5. Jiran atau sahabat Islam kita yang tidak bersolat
  6. Jiran atau sahabat kita tidak berpuasa di bulan Ramadan
  7. Jiran dan sahabat kita yang membuka aurat dan berbangga pula dengannya dikhalayak ramai (di TV, akhbar dan sebagainya)
  8. Pendakwah yang memalukan Alim Ulama yang lainnya dengan perangainya yang menjolok mata serta ditunjukkan kepada khalayak ramai samada melalui TV atau akhbar
  9. Pendakwah, Alim Ulama atau Ustaz yang tidak ke Masjid atau tidak bersolat berjemaah dengan sengaja setiap hari dan banyak lagi perkara yang seumpama dengannya. Yang  mana merupakan maksiat terhadap Allah yang dilakukan umat Islam, ia WAJAR didedahkan sebagai teladan supaya tiada yang mengikuti jejak mungkarnya itu.
Adapun membuka AIB saudara Islam seperti dibawah ini pula adalah DILARANG dan ia termasuk dalam larangan sebagaimana hadis Rasulullah Saw di bawah ini:

Dari Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: "Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat: "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah S.a.w. bersabda: "Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah."

Lalu Rasulullah S.a.w ditanya sahabat: " Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? " Jawab Rasulullah S.a.w: "Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

AIB YANG DILARANG KITA MEMBUKANYA adalah perkara yang tidak menyalahi syariat Islam yang berlaku atau dilakukan oleh jiran, sahabat atau sesiapa sahaja saudara Muslim yang kita kenali. Antara lainnya adalah:-
  1. Mendedahkan jiran kita hanya makan sekali sehari kerana tidak mampu
  2. Mendedahkan bahawa jiran kita hanya makan nasi dan ikan masin dengan niat memalukannya
  3. Berkata bahawa sipolan itu tidak ada baju lain kah? Dari hari itu aku melihat baju itu yang diulang pakainya dengan niat menghina kemiskinannya
  4. Pak Imam tu macam bagus je, tiap hari sibuk nak ajak kita ke Masjid, macamlah keluarga dia tu baik sangat.
  5. Curi ambil gambar seseorang dan kemudian siarkan dengan niat mengaibkannya
  6. Mencela dan menghebohkan perihal orang yang berpoligami dengan niat memburukkan sunnah Rasulullah saw, sedangkan perkara itu tidak diharamkan Islam dan banyak lagi perkara yang tidak dilarang Allah tetapi sengaja kita menghebahkan dengan niat dan  tujuan memalukan seseorang Islam yang lain.  
Perbuatan AIB serta meng'AIB'kan yang berlaku, hendaklah berlandaskan 2 situasi di atas. Ada yang WAJAR kita dedahkan supaya ianya menjadi teladan kepada umat Islam dan ada pula yang HARAM untuk kita dedahkan kerana ianya mengundang dosa dari Allah Swt.  ~Wallahualam~

0 CiNta Hati saYa: