RSS

Friday, April 15, 2011

Cantik itu Subjektif


sekadar hiasan je :)
Semasa saya kecil dahulu, saya tidak tahu makna cantik. Tetapi, saya selalu dengar orang puji mama saya cantik. Baru saya tahu mama saya cantik. Cantik itu adalah mama saya.
Maka saya tengok mama saya. Muka mama putih melepak, mata beliau tajam menggoda. Baba kata macam mata kucing. Ramai orang ingat mama pakai kanta lekap tetapi sebenarnya mata mama memang Allah cipta sebegitu.

Mama juga seorang yang peramah dan lemah lembut. Beliau merupakan seorang guru. Apabila saya pergi ke sekolah mama, saya selalu dengar pelajar-pelajar mama puji mama cantik.
Apabila saya mula meningkat remaja, orang selalu kata kakak saya cantik macam mama saya.
Baru saya perasan, kakak saya cantik. Tetapi kakak saya berbeza daripada mama saya. Bulu mata dia lebat, melentik, dan mata dia besar. Kulit dia pula putih bersih, tidak berjerawat serta memiliki badan yang kecil.
Dia seorang yang lemah lembut dan peramah serta mudah mesra dengan orang. Dia mempunyai ramai kawan, dan ramai orang menyukai dan meminatinya.

Semua guru sukakan dia dan ramai lelaki yang ingin berkenalan dengannya. Kadang-kadang mereka berkawan dengan saya semata-mata ingin mendekati kakak saya.
Saya berbeza dengan mama dan kakak, saya tidak pernah mendapat pujian seperti mereka. Saya selalu mendengar kata-kata seolah-olah membandingkan saya dengan mama dan kakak.
Kadang-kadang mereka tidak menyangka bahawa saya merupakan anak dan adik kandung kakak memandangkan saya tidaklah secantik mereka.

Saya tembam, berkulit gelap, berjerawat, dan berangka besar. Saya juga seorang yang agak kasar dan garang. Kehidupan saya lebih rapat dengan abang-abang berbanding dengan kakak, oleh sebab itu saya membesar menjadi seorang perempuan yang tegas.

Saya membesar dengan pelbagai kritikan. Saya teringin untuk menjadi cantik seperti mama dan kakak, tetapi mustahil untuk saya menjadi cantik seperti mereka walaupun saya ber"make up" tebal.
Kecantikan mereka merupakan kurniaan Illahi, dan saya tidak dikurniakan memiliki kecantikan seperti itu.
Namun saya redha dengan apa yang Allah beri pada saya. Kawan saya cakap cantik tu subjektif. Ada orang yang nampak cantik di mata semua orang, dan ada orang yang nampak cantik di mata sesetengah orang sahaja. Saya mengaku, kata-kata kawan saya itu ada benarnya.

Jadi, saya tidak lagi mencuba untuk nampak cantik di mata sesiapa. Kerana saya tahu saya tidak mampu untuk kelihatan cantik seperti mama dan kakak.
Saya telah berjaya buktikannya. Kecantikan luaran saya tidak mampu ubah, tetapi kecantikan peribadi masih boleh saya miliki. Kecantikan akhlak, budi bahasa membuatkan saya juga memiliki ramai kawan dan guru-guru juga turut menyukai saya.

Saya sentiasa berusaha untuk menjaga akhlak saya dengan kawan-kawan dan dengan guru. Saya sentiasa mencuba untuk membuat baik dan membantu mereka. Alhamdulillah, saya mampu buktikan saya juga berjaya memiliki apa yang kakak saya miliki walaupun saya tidak dikurniakan kecantikan rupa paras seperti mereka.
Perkara tu sangat susah untuk saya lakukan kerana pada asalnya, saya bukanlah begitu. Pada mulanya saya seorang wanita yang sombong dan berperangai buruk. Saya tahu saya tidak boleh ubah rupa paras saya, tapi saya boleh ubah perangai dan akhlak saya. Biarlah rupa paras tidak cantik, asalkan peribadi dan akhlak saya cantik.

Secara beransur-ansur, saya cuba untuk menjadi perempuan yang berakhlak mulia, bersopan santun dan lemah lembut.
Saya mengaku saya memang tidak boleh ubah diri saya jadi lemah-lembut seperti mama dan kakak. Mereka memang begitu ukurannya, dan saya memang begini ukurannya. Namun saya telah mencuba sedaya upaya untuk memiliki sifat-sifat baik yang perlu dimiliki oleh wanita muslimah. Bukan untuk memiliki ciri-ciri seperti kakak dan mama, tetapi membentuk ciri-ciri saya sendiri yang Allah pendamkan dalam jiwa saya berdasarkan yang telah diajar oleh Baginda Rasulullah saw..

Secara jujurnya saya tidak mampu untuk memiliki sifat lemah-lembut seperti kakak. Hati saya bukan seperti hati kakak yang berjiwa lemah lembut. Mungkin situasi yang kami lalui berbeza, maka sifat yang membentuk peribadi kami berbeza.
Saya terdidik dengan kritikan dan hati saya sedikit sebanyak telah terguris walaupun pada dasarnya tidak pernah kelihatan. Namun ia telah membentuk peribadi yang lebih keras dan tegas supaya saya mampu mengharunginya.

Saya telah berusaha untuk menjadi yang terbaik, namun masih ada lagi kata-kata yang terkeluar daripada mulut-mulut yang tidak sedar dengan pemberian Allah yang mampu mengguris perasaan saya.
Masih ramai lagi orang yang selalu membanding-bandingkan saya dengan mama dan kakak dengan kecantikan luaran. Malah mereka selalu persoalkan kenapa paras rupa saya tidak cantik seperti mama dan kakak saya tanpa rasa bersalah. Saya betul-betul terguris dengan kata-kata seperti itu walaupun saya tidak pernah menzahirkannya. Hanyalah Allah yang memahami perasaan saya.
Walaupun hati saya banyak terguris dengan kata-kata mereka, namun saya bertekad dan ingin membuktikan bahawa kecantikan bukan penentu kebahagiaan, yang penting adalah dengan ilmu yang saya miliki dan cara saya membawa diri.

Saya pun menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh kerana saya selalu dengar, tidak guna cantik andai tidak berilmu. Saya ingin menjadi seorang yang berilmu.
Kekurangan saya, saya jadikan perangsang untuk berjaya. Saya berjaya kerana saya berusaha, bukan kerana paras rupa saya. Biarlah saya menang kerana memiliki ilmu bukan kerana memiliki kecantikan. Setiap orang memiliki kelebihan masing-masing, dan kelebihan tersebut perlu dicari dalam diri sendiri.
Baru kini saya sedar, walaupun Allah tidak kurniakan saya kelebihan dari segi kecantikan, namun Allah telah memberi saya banyak kelebihan yang tidak semua orang miliki.

Saya memiliki kemahiran melukis dengan baik, boleh mencipta dan mengubah lagu, serta Allah juga mengurniakan saya pemikiran yang kreatif untuk mereka sesuatu yang baru.
Saya berjaya buktikan kecantikan itu bersifat subjektif. Cantik tidak semestinya dinilai dengan kecantikan paras rupa, namun kecantikan juga boleh diukur dengan akhlak yang baik, ilmu yang berguna, serta cara kita membawa diri. Apa yang penting, kenali kecantikan semulajadi diri sendiri dan lakukan yang terbaik untuk menjaganya. Jika mengharapkan sesuatu yang Allah tidak ciptakan untuk jadi milik kita, kita tidak akan mengenali erti bersyukur.

Alhamdulillah. Banyak pengajarannya daripada kekurangan saya ni. Disebabkan saya tidak cantik, saya tidak terlalu mengejar produk-produk kecantikan yang mahal-mahal yang dijual di pasaran.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.
Paling penting, kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

Saya ingin berpesan kepada saudari-saudari sekelian yang mengejar kecantikan. Tiada wanita yang lebih cantik, melainkan wanita solehah.
Cantik di dunia, tidak membawa sebarang kebahagiaan di akhirat kelak. Cantiklah untuk DIA, maka segalanya akan menjadi CANTIK.

Saturday, April 2, 2011

CONTEST KUCING PALING COMEL

 


Today is saturday ....
Setelah boring keseorangan di hostel akibat di tinggal semua geng-geng kelas maka tinggallah cinta bersama bilik tersayang =_=
Berbalik pada kisah benar,Terjah punya terjah jumpalah contest yang paling cinta sukaaaaa sebab ada kucing :) kucing adalah haiwan febret cinta :) dan tak lama lagi singa dengan harimau pulak bakal jadi haiwan kesayangan sebab cinta dapat praktikal dekat zOo taiping..hoho

To incik penganjur contest,cinta nak letak dua gambar boleh? cinta tahu mesti boleh,hahahahaha
sebab dalam syarat tak nampak pun cuma letak sekeping gambar saja :)

Jadi inilah gambar si comel yang cinta snap di kedai mak angkat cinta ^_^

....................





   

Dan ini....





Syarat wajib setiap contest yang cinta join mesti kena tag,jadi kepada adik-adik comel yang dah singgah cinta tag yeee :)



Okey...finish sudaaa ^_^

Salahkah Menjadi Miskin?

Sebaik sahaja saya duduk di meja makan di kantin, seorang rakan sekerja ringan mulut bertanya,"Bagaimana dengan rumah baru? Sudah penuhkah isi rumah?"
Saya cuma tersenyum teringatkan mereka semua tertanya-tanya keadaan rumah baru saya yang kini saya duduki seorang diri. Mahu ber'uzlah', mengurangkan percakapan sia-sia dan yang sebetulnya dijemput tuhan untuk berpindah melalui mimpi dan gerak hati (walaupun ramai yang menyangka saya berjenaka apabila saya mengatakan datang seru dari mimpi kerana perpindahan saya sangatlah tiba-tiba dan tak ada pucuk pangkal, beyond explanation).
"Tak beli apa pun. Beli tilam sahaja. Mesin basuh pun tak ada. Yang lain macam orang bujang la. Buku–buku saja penuh rumah saya. Hihi"
Sebetulnya duduk di rumah baru itu sangat mencabar minda, fizikal dan ekonomi saya kerana tinggal seorang diri dan menuntut pengorbanan dari segi kehendak duniawi.
Di rumah lama, saya berkongsi dengan rakan-rakan, kelengkapan rumah semuanya lengkap, kerana masing-masing membeli bahagian masing-masing memenuhkan isi rumah.
Rumah lama juga sangat dekat dengan tempat kerja sampai hanya jalan kaki ke tempat kerja. Rumah baru lebih jauh, dan saya pula pergi ke tempat kerja sehari kadang-kadang berkali-kali untuk program itu dan ini dari pagi sampai ke malam, maknanya minyak kereta pun berkali-kali gandalah jadinya.
Berpindah ke rumah baru ibarat memulakan kehidupan baru. Yang ada cuma televisyen yang mana piring Astronya belum saya pasang di bumbung sehingga kini (dah lebih sebulan), rak buku serta beberapa barang-barang rumah lain yang sangat basic, kalau yang lengkap itu mungkin perencah nak memasak saja.
Ibu dan ayah yang sudah beberapa kali datang meninjau-ninjau rumah baru anak mereka ada juga cuba untuk memenuhkan isi rumah, katanya agar lebih selesa tetapi saya tolak kerana takut bahawa keselesaan akan menjadikan saya lagi malas. (Ada kipas kecil pun dah rasa tak mahu bangun tidur)
Dan rasanya itulah yang cuba Allah didik, ya! Tinggalkan kegilaan dunia yang tak pernah habis dan surut. Keinginan tidak akan pernah kenyang, bisikan-bisikan akan sentiasa datang mengatakan kita perlukan itu, ini, dan lain segala-galanya yang sebetulnya cumalah kehendak yang diada-adakan.
Saya yakin inilah jalan pilihan Allah untuk saya. Tinggal di rumah kecil ini dan menggunakan rezeki kurniaan Allah untuk apa yang perlu bukan apa yang saya nak. Kenapa semua orang sangat takut hidup susah? Teruk sangatkah jadi miskin?

Kisah Nabi

Menelusuri sirah dan menyingkap hikmah disebalik kehidupan manusia agung, cinta kedua kita setelah Allah s.w.t iaitu Muhammad bin Abdullah, penghulu kita di akhirat kelak, menimbulkan persoalan-persoalan yang tidak ada penghujungnya di kotak fikiran.
Persoalan-persoalan ini membuat saya bertanya,"Dimana cacat celanya sirah ini sehingga kita gagal membuka mata seluas-luasnya mengambil iktibar serta menjadikannya panduan kehidupan?"
Jawapannya tiada. Tidak ada.

Penyempurna Akhlak

Dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal, Tahun Gajah, Nabi Muhammad diutuskan bagi menyempurnakan akhlak manusia. Jika dikaji dan diikuti dengan teliti, setiap peristiwa yang terjadi di dalam hidup baginda tidak ada yang kebetulan sebaliknya penuh dengan pengertian dan sebab musababnya.

Pengajaran di Zaman Kanak-kanak

Ketika baru dua bulan di dalam perut ibunya, Allah s.w.t telah mewafatkan ayah Nabi, Abdullah bin Abdul Mutalib dan apabila menginjak usia 6 tahun, satu lagi tempat bergantung iaitu ibunya Aminah telah diwafatkan Allah.
Mengapakah Allah menghilangkan kasih sayang ibu bapa daripada Muhammad ketika beliau masih kecil? Ini tidak lain tidak bukan untuk mengajar Nabi dari kecil agar cekal dalam menghadapi kehidupan. Tambahan lagi, kecekalan dan kekuatan jiwa inilah yang akan diperlukannya kelak dalam menghadapi penentangan penyebaran dakwahnya kelak apabila diangkat menjadi Nabi.
Percaturan Allah dalam melakar kekuatan jiwa Muhammad s.a.w juga boleh dilihat dengan pemilihan Abu Talib sebagai penjaga Nabi setelah ketiadaan ibu bapa walhal terdapat anak-anak Abdul Mutalib yang lain yang dilihat lebih mampu memelihara Nabi kerana lebih kaya dan segi harta dan wang ringgit.
Namun hak penjagaan diberikan kepada Abu Talib, iaitu antara saudara termiskin ketika itu. Abu Talib sendiri mempunyai ramai anak tetapi dengan berbesar hati memelihara Nabi Muhammad s.a.w. Ibrahnya di sini Allah juga tidak mahu lelaki istimewa yang bakal menyeru umat manusia kepada Allah menjadi seorang pemimpin yang dimanjakan dengan wang ringgit dan harta kekayaan dunia.
Mengapa? Kerana mana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu erti kesusahan dan kepayahan dalam hidup dapat menjadi seorang pemimpin yang memahami dalam erti kata benar-benar dapat menyelami hati pengikut-pengikutnya terutama yang serba daif dan kekurangan.
Berbeza dengan pemimpin hari ini yang mana pemimpinnya mempunyai harta melimpah-ruah serta rumah-rumah mewah tersergam indah laksana istana tetapi mengaku faham akan kesusahan rakyat.
Tidak sama, antara mengetahui dengan melihat, merasai, mengalami sendiri, dan menyangka anda memahami, setiap satu ini cukup berbeza pengertiannya antara satu sama lain.
Seorang pemimpin yang tidak mengamalkan gaya hidup zuhud, boleh sahaja menderma beberapa bahagian daripada hartanya kepada orang susah tetapi pulang ke rumah masih mampu tersenyum kerana masih mempunyai tilam empuk yang menyambutnya berpenat lelah bertemu rakyat.
Nabi Muhammad s.a.w tidak begitu. Malahan tidak ada orang yang lebih mengetahui pengertian kepayahan, kesusahan hidup melainkan baginda tetapi pada masa yang sama membesar sebagai individu yang cukup hebat akhlak, perlakuannya, tingkahlakunya, tuturkatanya di kala dunia sekitarnya rosak remuk, redam digodam kejahiliahan manusia. Inilah manusia yang dijaga Allah s.w.t untuk memimpin kita beriman kepadaNya.
Tatkala dijaga Abu Talib, Nabi Muhammad juga tidak pernah berebut makanan dengan sepupu-sepupunya. Acapkali beliau hilang apabila tiba waktu makan, tetapi selalu menjadi yang terdahulu apabila menawarkan diri untuk membuat kerja.
Tidur dalam keadaan lapar juga merupakan satu kebiasaan bagi beliau. Indahnya akhlak Nabi adalah apabila baginda selalunya lebih lapar daripada sahabat-sahabat tetapi apabila ada yang menawarkan makanan, baginda tidak sanggup kenyang sendirian walaupun makanan itu hanya cukup untuk beliau dan beberapa orang sahabat sahaja sebenarnya.

Rahsia

Sedarkah kita sejak dari awal kehidupan Nabi Muhammad s.a.w, Allah telah melukiskan sebuah kisah yang mana mengajar kita keyatiman itu bukan satu keaiban, kemiskinan itu tidak bermakna kemelaratan, dan kekurangan itu bukan satu kelemahan tetapi sumber kekuatan, kecekalan, acuan hebat dalam mencorak akhlak agung yang menjadi suri teladan sekalian umat.
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu" (Al-Ahzab:21)
Lalu siapa yang mengajar kita bahawa miskin itu hina? Bahawa miskin itu rendah darjatnya? Bahawa kekurangan itu kecacatan. Tidakkah kita sedang ditipu oleh ideologi yang hebat menggasak ketamadunan manusia hari ini bahawa kaya bisa membuat kita bahagia, kaya bisa membuat kita dipandang mulia, kaya dan keselesaan hidup itu segala-galanya. Kita diajar malu menjadi miskin.
Mana mungkin Allah terlupa menyebutkan ini di dalam kitabNya seandainya inilah tujuan kita dijadikan, seandainya inilah kiblat tujuan kita dalam kehidupan ini, menjadi kaya sekaya-kayanya.
Kita takut dengan bayang-bayang kesusahan padahal itulah sebenarnya jalan untuk berkenalan dengan kisah hebat seorang rasul ulung walaupun tidak mungkin dapat kita rasai kesusahan seperti baginda.

An eye-opener

Perjalanan saya ke kawasan perumahan (di sebuah perkampungan terpencil), seorang pelajar yang amat akrab dengan saya membuka mata saya dengan lebih luas. Tidak saya sangka, rumah-rumah mereka terletak begitu dekat antara satu sama lain, persis kisah-kisah sinetron dari seberang yang ditonton dalam televisyen.
Dari luar, terpancar jelas kehidupan mereka serba kekurangan dan mereka ditinggal kemewahan moden yang telah menjadi darah daging di dunia luar.
Tidak lama kemudian ibu pelajar tersebut muncul, riak wajahnya hiba, barangkali terharu saya datang menjemput anaknya sehingga ke kampung mereka yang jauh dari bandar. Ketika bersalaman, terasa hangat tangan kasih seorang ibu mengharap saya menjaga anaknya seperti dia menjaganya setelah menitipkan pelajar itu kepada saya. Dia seakan-akan tidak mahu melepaskan tangan saya.
"Cikgu datanglah ke rumah nanti. Cikgu tidur di rumah kami ya?"
Ketika itu menjalar sejenis perasaan di hati saya, mungkin kagum pada masa yang sama terharu dan sebak. Teringat saya, pada hari sebelumnya pun pelajar itu beriya-iya mengajak saya bermalam di rumahnya.
"InsyaAllah lain kali saya datang ke rumah. Hari ni dah tak sempat. Sebab pengajian bermula 9 pagi, sekarang pun dah nak pukul 9"
Setelah ibu dah ayah itu melambai-lambai, kereta saya menderu laju memecah laluan sunyi ke bandar.
Sepanjang perjalanan ke masjid, perasaan saya jadi tidak menentu. Fikiran pula melayang jauh. Saya malu. Saya malu dengan kejahilan saya sendiri. Saya pernah malu dan berasa rendah diri kerana satu ketika dulu saya pernah merasa malu menjemput sahabat ke rumah kerana rumah saya tidak sebesar rumah mereka.
Di manakah kesyukuranku, ya Allah. Ceteknya akalku. Besarnya hati mereka. Ya Allah janganlah kiranya kau membiarkan dunia mengotorkan hati mereka yang bersih ini.

Penutup

Seandainya pintu hijrah terbuka, berhijrahlah. Berhijrahlah kerana Allah. Berhijrahlah kepada Allah. Tidak usah takut kepada kesusahan, kekurangan, kesempitan atau kesulitan. Bukankah rezeki itu milik Allah dan Allah juga yang mencukupkanmu?
Tidak pernahkah kau mendengar orang yang terasa kurang, sempit, sulit di dalam kecukupan malah kemewahan lantas merasa hidup kosong dan tidak berguna?
Ya Allah jauhilah kami dari tergolong dalam golongan sebegitu. Amin.

iLoveIslam

Tuesday, March 29, 2011

ADA 'AIB' YANG HARUS DIBUKA KPD KHALAYAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Admin pernah berdebat dengan beberapa orang di sini kerana mereka sangat pandai dalam memutar belitkan Al-Quran dan Hadis mengikut acuan kegemaran mereka. Puas admin fikir bagaimana untuk menerangkan perkara 'simple' tetapi tidak terucap selama ini.

Apa yang UMUM TAHU dan sedia maklum, Islam menegah umatnya meng'aib'kan umatnya yang lain (yakni mengaibkan orang Islam yang lainnya). TETAPI dalam kaedah manakah pula kita WAJAR membuka AIB seseorang Muslim itu sebagai teladan?

Antara perkara yang WAJAR dan HARUS untuk kita buka AIB seorang Muslim yang lain adalah apabila mereka itu tidak segan silu melakukan perkara yang dilaknati Allah atau perkara yang dimurkai Allah dan Rasul-Nya berupa maksiat dan sebagainya. Contoh perkara yang termasuk dalam keharusan untuk kita membuka aib seseorang saudara Islam kita itu adalah apabila kita mengetahui:-
  1. Jiran atau sahabat kita berzina
  2. Sahabat yang Rasuah
  3. Si Pembohong yang merbahaya
  4. Si Luncai yang sedang terjun dengan labu-labunya
  5. Jiran atau sahabat Islam kita yang tidak bersolat
  6. Jiran atau sahabat kita tidak berpuasa di bulan Ramadan
  7. Jiran dan sahabat kita yang membuka aurat dan berbangga pula dengannya dikhalayak ramai (di TV, akhbar dan sebagainya)
  8. Pendakwah yang memalukan Alim Ulama yang lainnya dengan perangainya yang menjolok mata serta ditunjukkan kepada khalayak ramai samada melalui TV atau akhbar
  9. Pendakwah, Alim Ulama atau Ustaz yang tidak ke Masjid atau tidak bersolat berjemaah dengan sengaja setiap hari dan banyak lagi perkara yang seumpama dengannya. Yang  mana merupakan maksiat terhadap Allah yang dilakukan umat Islam, ia WAJAR didedahkan sebagai teladan supaya tiada yang mengikuti jejak mungkarnya itu.
Adapun membuka AIB saudara Islam seperti dibawah ini pula adalah DILARANG dan ia termasuk dalam larangan sebagaimana hadis Rasulullah Saw di bawah ini:

Dari Abu Hurairah r.a menceritakan bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: "Tahukah kamu apakah ghaibah? Jawab sahabat: "Allah dan Rasul yang lebih mengetahui. " Maka Rasulullah S.a.w. bersabda: "Ghaibah itu jika kamu menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghaibah."

Lalu Rasulullah S.a.w ditanya sahabat: " Bagaimana kalau saudaraku itu memang begitu? " Jawab Rasulullah S.a.w: "Jika kamu sebut itu benar ada padanya maka itu ghaibah. Tetapi jika ia tidak benar, itu buhtan (membuat kepalsuan untuk memburukkan nama orang lain).

AIB YANG DILARANG KITA MEMBUKANYA adalah perkara yang tidak menyalahi syariat Islam yang berlaku atau dilakukan oleh jiran, sahabat atau sesiapa sahaja saudara Muslim yang kita kenali. Antara lainnya adalah:-
  1. Mendedahkan jiran kita hanya makan sekali sehari kerana tidak mampu
  2. Mendedahkan bahawa jiran kita hanya makan nasi dan ikan masin dengan niat memalukannya
  3. Berkata bahawa sipolan itu tidak ada baju lain kah? Dari hari itu aku melihat baju itu yang diulang pakainya dengan niat menghina kemiskinannya
  4. Pak Imam tu macam bagus je, tiap hari sibuk nak ajak kita ke Masjid, macamlah keluarga dia tu baik sangat.
  5. Curi ambil gambar seseorang dan kemudian siarkan dengan niat mengaibkannya
  6. Mencela dan menghebohkan perihal orang yang berpoligami dengan niat memburukkan sunnah Rasulullah saw, sedangkan perkara itu tidak diharamkan Islam dan banyak lagi perkara yang tidak dilarang Allah tetapi sengaja kita menghebahkan dengan niat dan  tujuan memalukan seseorang Islam yang lain.  
Perbuatan AIB serta meng'AIB'kan yang berlaku, hendaklah berlandaskan 2 situasi di atas. Ada yang WAJAR kita dedahkan supaya ianya menjadi teladan kepada umat Islam dan ada pula yang HARAM untuk kita dedahkan kerana ianya mengundang dosa dari Allah Swt.  ~Wallahualam~

Monday, March 21, 2011

Setianya Dia....

Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya. Aku menyiapkan peralatan dan memintanya menunggu, oleh sebab semua doktor masih sibuk, mungkin dia baru dapat dirawat  setidaknya 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah, sebentar-sebentar melihat ke jamtangannya. Aku
merasa kasihan. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan dokter, aku putuskan untuk melakukannya sendiri..
Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga nampak terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan tengahari bersama istrinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari.

Dia menceritakan bahwa istrinya sudah dirawat di sana sejak beberapa waktu dan istrinya mengidap
penyakit Alzheimer.Lalu kutanya apakah istrinya akan marah kalau dia datang terlambat. Dia menjawab bahwa istrinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Aku sangat terkejut dan berkata,  pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun istri pakcik tidak kenal lagi?? Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata,"Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia, kan?"

Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku kagum. Cinta kasih seperti itulah yang aku mau dalam hidupku? Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima...apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang tidak akan pernah terjadi.
Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting: 

Orang yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki...Hidup ini bukanlah hanya menghadapi badai,

SUMBER : Email Foward dari sahabat

Thursday, March 17, 2011

!!! Contest Study Cun !!!

contest study cun


 ........................................................................................................................








Sejak dua tiga hari ni asyik join contest je keje,saje nak hilangkan boring,pagi buta yang indah ni jumpa contest study cun plak.
Tengok gambar-gambar dekat atas ni teringat kawan-kawan kelas [ macam dah lama tak jumpa padahal hari-hari jumpa.hehe]

Gambar ni di 'snap' masa awal semester 3 di perpustakaan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Arau.
Subjek yang paling pecah kepala belajar time ni subjek "Prinsip pemasaran dalam pelancongan&hospitaliti"

Apa-apa pun semua enjoy blajar walaupun asyik bertukar-tukar pensyarah,sekarang pensyarah baru dari Politeknik Johor Bahru iaitu encik Yusdi :)

"study with friends is the best from study alone only with your facebOok " ^_~

The last thing is TAG
setiap contest mesti kena tag :)

Sekian repekan dari cinta :)

Tuesday, March 15, 2011

Wasiat untuk isteri tersayang

Kisah Benar Untuk Renungan Kite Bersama

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau.Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruangtamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai. Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.
Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.

Antara jawapannya ialah:

Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putrajaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.

Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.
Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah.
Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putrajaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.
Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam.
Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.
Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.

‘Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.’
‘Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.’
‘Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah.. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.’
‘Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak- anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).’

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam

-she should be thankful…. . she got the forgiveness from her husband-

Saturday, March 12, 2011

"Filwi Nur Balqis - Saya Join Contest STYLE IT Awak!"

Assalamualaikum..... ^_^


Hari ni saya terima jemputan dari cik Filwi untuk join contest dia,jadi cik Filwi sory ye kalau saya tak menepati syarat ke apa :)

Ni antara syarat-syarat dan resepi contest cik Filwi

5 Easy Steps! (Macam 'Syarat' Lah Jugak)

1. Follow blog ni (Tak Follow Pon Takpe.)

2. Follow di Facebook juga (Other way to get updates!) *Yang ni tiada paksaan. Ingat! Tak Paksa!*

3. Like Fan Page. (Tak paksa jugak. Tapi kena buat salah satu antara Follow Blog/Follow Facebook/Like Fan Page. Ingat! Tak Kisah Nak Buat Yang Mana SATU pun. Kalau nak buat semua pon boleh.)

4.Letak gambar anda yang ISLAMIK. (baju kurung, baju melayu, jubah, berpurdah, bersongkok, gambar masa RAYA haritu, atau apa apa sahaja yang ISLAMIK! )

5. Tajuk Entry "Filwi Nur Balqis - Saya Join Contest STYLE IT Awak!". Kemudian, copy enrty ni bulat-bulat dan paste di BLOG ANDA!

ITU SAHAJA. TITIK.

  • TAMAT PADA : 31 APRIL 2011


Ini je yang saya termampu =_=

Friday, March 11, 2011

Air Mata WANITA




"Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab ibu adalah perempuan, nak.” “Saya tak mengerti ibu,” kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kau memang tak akan mengerti…”

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis?” “Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas.” sang ayah menjawab. “Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.”

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, “Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?” Dalam mimpinya ia merasa seolah mendengar jawapannya:

“Saat Ku ciptakan wanita, saya membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

“Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

“Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

“Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

“Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

“Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

“Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah “air mata kehidupan.”

bersyukurlah dilahirkan sebagai wanita...
tambahlah bersyukur dilahirkan sebagai wanita Muslimah..."