RSS
Showing posts with label pesanan. Show all posts
Showing posts with label pesanan. Show all posts

Monday, February 28, 2011

Pesanan Buat Si Dia ^_^

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya...

Tolong beritahu si dia,
CINTA Agung adalah Cinta-NYA...

Tolong beritahu si dia,
Cinta manusia bakal membuatnya Alpa...

Tolong nasihati si dia,
Jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa...

Tolong nasihati si dia,
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa...

Tolong nasihati si dia,
Jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan Ibu Bapanya...

Tolong katakan pada si dia,
Dahulukan Allah kerana di situ ada Syurga..

Tolong katakan pada si dia,
dahulukan Ibu Bapanya kerana di telapak itu syurganya...

Tolong ingatkan si dia,
Aku terpikat kerana Imannya bukan rupa..

Tolong ingatkan si dia,
aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..

Tolong ingatkan si dia,
Aku kasihinya kerana santunya..

Tolong tegur si dia,
Bila dia mula mengagungkan cinta manusia..

Tolong tegur si dia,
Bila dia tenggelam dalam angan-angannya..

Tolong tegur si dia,
Andai nafsu mengawa fikiranlnya...

Tolong sedarkan si dia,
Aku milik Yang Maha Esa..

Tolong sedarkan si dia,
Aku masih milik keluarga..

Tolong sedarkan si dia,
Tanggungjawabnya besar pada keluarganya..

Tolong sedarkan si dia,
Andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..

Tolong sabarkan si dia,
Bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya,
R.I.N.D.U itu kurniaan dari Allah...

Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..

Tolong pesan padanya,
Aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..

Tolong pesan padanya,
Aku menbiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia,
Aku tidak mahu melekakan si dia..

Tolong khabarkan pada si dia,
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..

Tolong khabarkan pada si dia,
Jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia,
Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,
Cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..

Tolong sampaikan pada si dia,
Hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan pada si dia,
Kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

CINTA. . . . .
Lahirnya dari DUA hati,
Hadirnya tanpa dipaksa,( Ya Allah..Aku Jatuh Cinta..)
Ya Allah Ya Tuhanku,
Telah datang padaku seorang insan yang mengetuk pintu hati ini...

Sekiranya dia adalah jodohku yang terbaik,
Yang telah engkau tetapkan buatku sejak dari kandungan ibuku lagi,
Maka permudahkanlah urusanku,
Permudahkanlah urusan dia,
Dan permudahkanlah urusan kami berdua..

Ya Allah Ya Rahman,
Ya Allah Ya Rahim,
Lindungilah imanku  Ya Allah,
Lindungilah iman dia Ya Allah,
Dan lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini...

Amin Ya Robbal Alamin..

Cinta karya indah sang Pencipta,
Di mulakan di syurga,
Di rasukan dalam jiwa Adam&Hawa,
Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa,
Dengan kadar yang berbeza..

Cinta sebenarnya tidak BUTA,
Cinta adalah sesuatu yang murni..luhur & diperlukan,
Yang BUTA adalah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan..

CINTA,MENYINTAI atau DICINTAI,
Adalah lumrah sifat kejadian manusia,
Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri,
Pilihan adalah terpulang kepada kita,
Jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati,
Dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan..

Jangan tertarik pada seseorang kerana parasnya,
Sebab keelokkan paras dapat menyesatkan,
Jangan pula tertarik pada kekeyaannya,
Kerana kekayaan dapat Musnah,
Tertariklah kamu pada seseorang yang dapat membuatmu Tersenyum,
Kerana hanya senyuman yang dapat membuat  hari yang gelap menjadi cerah <3 <3 ^__^

Monday, December 6, 2010

PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”