Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat dan diriku sendiri yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
~ALLAH knows BESt!~♥
Showing posts with label in a relationship with. Show all posts
Showing posts with label in a relationship with. Show all posts
Sunday, February 13, 2011
♥ kenapa ALLAH temukan kita dengan org yg salah ♥
Labels:
ALLAH swt,
cinta,
couple,
in a relationship with,
putus cinta,
sakit hati
Friday, January 28, 2011
Wahai Insan....
Wahai insan,Kau dah tahu dunia ini sementara kenapa kau kejar juga.Kau tahu dunia ini menipu engkau kenapa kau bersahabat dengannya ?
Wahai insan,Kau tahu wang dan segala peralatan dunia nanti menjadi api dikubur kamu.Kamu mengumpul jua harta yang banyak.Kamu mengumpul jua kenderaan yang baik-baik.Kamu mengumpul jua pakaian yang cantik dan mahal-mahal..
Wahai insan,Kau tahu kau hamba Allah tetapi kau engkar.Kau kerjakan kemaksiatan bukankah telah Allah kurniakan segala pancainderamu itu sebagai nikmat kenapa kau sia-siakannya..?
Bukankah matamu itu diperuntukan melihat alam ciptaan Allah,Bukankah ianya untuk melihat para ulama dan guru-guru yang menyuruh membuat kebaikan?Tapi kenapa kau lebih suka melihat apa yang diharamkan ?
Kenapa dengan mulut kamu wahai insan.. ?Tidakkah ianya hanya satu dan kamu selalu menuturkan perkara yang mungkar dan umpatan ?Tidak takutkah bangkai yang perlu kau jamah nantiTidakkah kau selalu makan dan selalu lalai..?
Kenapa dengan telinga kamu wahai insan ?Kau dengar perkara yang tidak benar..Kau dengar perkara yang engkar..Tidakkah kau inginkan telinga kau menjadi saksi dengan mendengar ayat-ayat suci dan kata-kata dari mereka yang benar ?
Wahai insan,Berapa kali kau sujud kepada Allah ?Tidakkah diberi sihat kepada kamu untuk melakukan kebaikan..Tidurkah kau dimalam hari dengan nyenyakatau tenangkah tanpa ada sedikit sujud kepada Allah ?
Wahai insan,Kau banyak bercakap !Tidakkah kau tahu ilmu itu hanya sedikit sahaja yang kau ketahui ?Tidakkah bercakap itu melupakan kau pada Allah.. ?
Wahai insan,Apa yang kau mahu sekarang ?Adakah kau mahu fakir dari dunia yang fana iniatau pangkat dan darjat ?
Wahai insan,Segera kau ingat apa yang kau mahu..Lekas kau buat apa yang termimpi olehmu..
Wahai insan,Aku tahu hati kamu sebagaimanaaku tahu kau susah dengan apa yang ada.
Wahai insan,Lebih baik kau buang apa yang adasebelum terlambat dan menjadi semakin pekat.Jaga hati kamu tidak menjadi nanah..Jaga hatimu agar tidak berdarah..Jaga hatimu dari segala ungkapan yang tidak baik.Jaga hatimu dan berkatalah kaulah manusia yang jahatkaulah manusia yang hina !
Lebih baik kau di hina dari menerima kepujiankerana kau tidak layak untuk itu.
Wahai insan,Kau hinakanlah diri mu itusebelum kau langkahkepada yang Hak !
Wahai insan,Jika kau masih tidur, kau adalah manusia yang paling rugi..Jika kau merangkak adalah lebih baik darikau terus menerus merapatkan tulang rusukmu kepada bumi ini
Wahai insan,Merangkaklah walaupun setapak..Dari kau hanyut dengan arus dunia ini.Yang kau tahu hanya sementara kenapa kau kejarnya !
Wallahua'alam...








